Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Holy LandTanah SuciSejarahTiadaTiada
desiderative sentenceayat hasratLinguistikTiadaAyat yang mengungkapkan maksud niat atau hasrat. Contohnya, Ibu ingin ke Tanah Suci.
crusadeperang salibSejarahTiadaPeperangan yang berlaku antara tentera Kristian Eropah Zaman Pertengahan dengan tentera Islam untuk menawan semula tanah suci mereka yang ditawan oleh orang-orang Islam.
commonplace bookbuku catatan pengarangKesusasteraanTiadaBuku yang merakamkan idea menarik dan catatan pengembaraan dari segi perkataan, frasa atau petikan yang di kumpul untuk renungan atau kegunaan pengarangnya pada masa hadapan. Contohnya, Timber oleh Ben Jonson dan A Certain World oleh W.H. Auden. Contoh buku Melayu ialah Warkah Eropah oleh A. Samad Said dan Catatan ke Tanah Suci oleh Harun Aminurrashid.
design analysisanalisis corakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah pemerhatian secara khusus terhadap corak, kaedah penghasilan, perlambangan, ketebalan, jenis warna yang digunakan dan tujuan dihasilkan. Analisis ini biasanya melibatkan tembikar dan seramik. Analisis terhadap perubahan corak juga dapat menentukan perkembangan dan pembahagian zaman secara kronologi. Sebahagian corak turut mempunyai maksud seperti corak yang ditemui pada tembikar tanah di Ramey, Amerika Syarikat. Corak ini mewakili unsur langit yang dianggap suci dan unsur bumi yang dianggap tidak suci.
Organisation of Islamic Cooperation (OIC)Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis.

Kembali ke atas