| public telephone | telefon awam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| public telephone booth | pondok telefon awam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| supervisor state | keadaan penyelia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan pada protokol telefon awam seperti SS-7 yang bertindak memerhatikan talian telefon untuk melihat status talian sama ada leka atau mengandungi isyarat permohonan perkhidmatan. |
| private branch exchange | ibu sawat swacawangan | Kejuruteraan | Tiada | Ibu sawat telefon automatik atau insani di tempat pelanggan sendiri yang digunakan sebagai sambungan dalam, dengan sambungan melalui ibu sawat tempatan ke sistem telefon awam. |
| Public Switched Telephone Network | Rangkaian Telefon Suis Awam | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian telefon biasa. |
| public switched telephone network(PSTN) | rangkaian telefon bersuis awam(PSTN) | Teknologi Maklumat | Tiada | Infrastruktur fizikal rangkaian sistem pensuisan telefon suara seluruh dunia. Sistem ini menghantar isyarat analog menerusi kabel kuprum dari rumah dan premis perniagaan kepada pejabat pusat setempat dalam suatu lingkaran tempatan. Rangkaian dengan sistem litar bersuis ini menubuhkan litar persendirian hujung ke hujung antara pemanggil dengan penerima panggilan. Modem diperlukan untuk menghantar data digital menerusi talian ini. |
| PSTN (public switched telephone network) | PSTN (rangkaian telefon suis awam) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian telefon biasa. |
| signaling system 7(SS7) | sistem pengisyaratan 7(SS7) | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu sistem di dalam rangkaian telefon suis awam(PSTN) yang meletakkan maklumat yang diperlukan untuk menyediakan dan mengurus panggilan telefon di dalam rangkaian yang berasingan. Maklumat pengisyaratan adalah di dalam bentuk paket digital. Panggilan telefon yang menggunakan SS7 lebih efisien dan lebih selamat. |
| PSTN | PSTN | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat rangkaian telefon bersuis awam |
| videotext | videoteks | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat interaktif video yang mengunakan Rangkaian Telefon Bersuis Awam (PSTN) dan komputer untuk menghantar data digital seperti teks, video dan grafik dari komputer untuk dipaparkan pada televisyen. Videoteks sering digunakan untuk aplikasi komunikasi data ringkas seperti yang digunakan oleh lapangan terbang untuk memaparkan jadual penerbangan dan bank untuk memaparkan maklumat pertukaran wang dan pasaran saham. Contoh videoteks adalah seperti Pretel yang diguna pakai di England, Minitel di Perancis, Telidon di Kanada dan Beriteks di Malaysia. Nama lain bagi videoteks ialah Viewdata. |