| rice flour | tepung beras | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tepung daripada beras yang dikisar sehingga lumat dan menjadi serbuk. |
| plant ball | bebola tumbuhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis makanan yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada bahan utama seperti protein kacang, kentang, tepung beras, minyak sayuran dan sebagainya. Tekstur dan rasanya seakan bebola daging. |
| Broken rice | Beras pecah | Pertanian | Agronomi | Beras yang telah terpisah sebahagian dari butirannya sama ada semasa di ladang, semasa pengeringan atau semasa pengilangan. Peratus beras pecah semasa di kilang adalah antara 12 hingga 20 tetapi semasa diproses peratusan dikurangkan kepada 4 % untuk menghasilkan beras yang tinggi kualitinya. Bila dimasak beras pecah menghasilkan nasi yang lembik. Beras pecah biasanya digunakan untuk makanan ternakan atau bahan membuat tepung beras. |
| grain mill products | keluaran kilang bijian | Ekonomi | Tiada | Barang-barang daripada biji-bijian makanan, seperti beras, tepung, sagu, ragi dan kepingan jagung yang diproses di kilang-kilang. |
| tas’ir jabari | harga kawalan | Perniagaan Islam | Tiada | Nilai barangan atau perkhidmatan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengawal harga berdasarkan kepentingan awam. Contohnya, harga kawalan terhadap barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan petrol. |
| bran | dedak | Veterinar | Tiada | Bahagian selaput luar pada biji benih yang diasingkan semasa proses pengisaran. Bahagian ini mengandungi serabut pada aras yang tinggi, iaitu sebanyak 10-15%. Selain itu, bahagian ini turut mengandungi lemak atau minyak yang boleh diekstrak. Biasanya, dedak diperoleh daripada padi dan gandum selepas diproses bagi mendapatkan beras dan tepung gandum untuk kegunaan manusia. Dedak sesuai dijadikan makanan haiwan kerana mempunyai tenaga yang tinggi dan kandungan protein yang sederhana tinggi, iaitu sebanyak 13-18%. |