Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat ter
testimonialsperakuanKomunikasiKorporatKaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan.

Kembali ke atas