| aviation law | undang-undang penerbangan | Aeroangkasa | Tiada | Peraturan yang termaktub untuk menentukan keselamatan penerbangan.,Lokus semua titik yang terletak pada 25% perentas sayap yang diukur dari pinggir depan.,Peraturan yang termaktub untuk menentukan keselamatan penerbangan. |
| bonded area | kawasan dalam bon | Pelayaran | Tiada | Kawasan termaktub sebagai tempat di bawah pengamatan Kastam, di mana kargo perlu melalui pemeriksaan atau kelulusan kastam. |
| marine perils | peril marin | insurans | Tiada | Risiko yang dilindungi di bawah polisi insurans marin. Peril yang termaktub dalam polisi marin telah ditakrifkan mengikut keputusan admiralti. |
| marine perils | peril marin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang dilindungi di bawah polisi insurans marin. Peril yang termaktub dalam polisi marin telah ditakrifkan mengikut keputusan admiralti. |
| press law | undang-undang akhbar | Komunikasi | Tiada | Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti kewartawanan dan telah termaktub dalam undang-undang. |
| code of conduct | tatakelakuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman. |
| copyright deposit | penyerahan hak cipta | Perpustakaan | Tiada | Penyerahan naskhah percuma buku atau komposisi muzik kepada perpustakaan tertentu menurut undang-undang yang telah termaktub. |
| exclusive fishing zone | zon penangkapan eksklusif | Perikanan | Tiada | Kawasan tertentu di laut yang dibenarkan untuk aktiviti memancing dan menangkap ikan. Kawasan ini termaktub dalam peraturan atau undang-undang negara yang berkaitan. Contohnya, kawasan untuk penangkapan ikan oleh nelayan tradisional ialah 5 batu nautika dari pantai. |
| Kyoto Protocol | Protokol Kyoto | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Perjanjian antarabangsa yang mewajibkan negara yang terikat dengan protokol ini untuk mengehadkan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Protokol ini termaktub di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
| Board of Directors (B.O.D) | Lembaga Pengarah (L.P) | Pentadbiran | Tiada | Beberapa orang ahli dalam sesebuah Syarikat Berhad ataupun mana-mana badan yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal syarikat mengikut syarat yang termaktub dalam memorandum dan tataurus pertubuhan. |