| housing policy | dasar perumahan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar yang menyentuh tentang pembangunan perumahan serta petempatan orang ramai dalam sesebuah negara. Ia berkait rapat dengan penilaian eknomi dan sosial khususnya dari sudut harganya, pasarannya, persaingan mendapatkannya serta agihannya. Dasar ini juga melibatkan pemerhatian terhadap impak perumahan kepada reruang, kesesakan dan akses kepada kemudahan awam, impak kepada alam sekitar dengan pembukaan tanah, kelonggaran kepada golongan termiskin dan perkembangan permintaan. Dasar perumahan yang baik akan cuba mengawal perkembangannya supaya tidak memberi kesan sampingan yang negatif serta cuba memberi kemudahan kepada golongan ramai atau bawahan. |