| desolation | terpinggir) | Perubatan | Tiada | Perasaan disingkirkan dan diabaikan yang dirasai oleh pesakit. |
| desolation | (rasa) terpinggir | Kejururawatan | Tiada | Perasaan disingkirkan dan diabaikan yang dirasai oleh pesakit. |
| marginalised community | komuniti terpinggir | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Sekumpulan manusia yang tersisih daripada arus perdana menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan peluang dan sumber yang sama seperti masyarakat lain. |
| microaggression | langsang mikro | Psikologi | Tiada | Cercaan secara halus yang selalunya tidak disengajakan terutamanya terhadap ahli minoriti atau kumpulan terpinggir. |
| STEM empowering | pemerkasaan STEM | STEM | Tiada | Inisiatif, program atau tindakan untuk menggalakkan dan menyokong penglibatan masyarakat dalam bidang STEM terutamanya pelajar daripada golongan terpinggir. |
| alternative newspaper | surat khabar alternatif | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang menentang pemikiran arus perdana dan pihak berkuasa khususnya bagi golongan pembaca kaum muda yang berasa terpinggir. |
| minority | minoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang lebih kecil berbanding dengan kelompok lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks sosial dan politik, minoriti tidak membawa makna bilangan sahaja tetapi juga kedudukannya yang lebih terpinggir, tidak mendapat keutamaan, tidak berkuasa, dan sering dieksploitasi. Golongan minoriti mempunyai semangat kekitaan dan sentimen yang kuat. Semangat ini dilahirkan sama ada melalui latar budaya, bahasa, agama, adat atau tradisi yang sama. Golongan minoriti juga terbentuk melalui penghijrahan satu kelompok ke negara lain seperti minoriti India di Malaysia atau kesan daripada struktur masyarakat yang sedia majmuk apabila kaum yang kecil saiznya dianggap sebagai minoriti seperti Melayu di Thailand dan Champa di Cambodia. |
| inclusive supply chain | rantaian bekalan terangkum | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Kaedah memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mempertimbangkan keterlibatan semua pemegang kepentingan termasuk pembekal kecil, wanita dan komuniti terpinggir secara adil dan saksama. |
| discrimination | diskriminasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid. |
| free trade | perdagangan bebas | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, ramai pakar ekonomi yang tidak bersetuju dengan perdagangan bebas kerana ia boleh membunuh industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan pemain global. Ini boleh menyebabkan pengangguran dan kehancuran industri tradisional, dan komuniti terpinggir. Contoh perjanjian antarabangsa yang menggalakkan kebebasan perdagangan yang lebih luas ialah Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Tran |