| hero | wira | Kesusasteraan | Tiada | Watak lelaki utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai serta tujuan yang terpuji. Wira terlibat secara langsung sebagai aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau watak jahat dan menjadi tumpuan perhatian khalayak. Watak utama lelaki dikenali sebagai wira manakala watak utama perempuan ialah wirawati. Istilah ini membawa konotasi kewiraan yang positif dan sering dikaitkan dengan epik dan mitos, iaitu bentuk karya yang banyak mendukung makna kewiraan. Oleh itu, wira dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama, tetapi lebih neutral sifatnya. Watak utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji disebut sebagai antiwira. Wira berasal daripada perkataan Yunani hero yang bermaksud �pelindung�. Lihat juga antagonis, wirawati. |
| anti-hero | antiwira | Kesusasteraan | Tiada | Watak lelaki utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji. Banding wira. |
| heroine | wirawati | Kesusasteraan | Tiada | Watak perempuan utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai, serta tujuan terpuji. Wirawati terlibat secara langsung dalam aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau penjahat. Watak utamanya ialah perempuan yang menjadi tumpuan atau perhatian khalayak. Watak ini menampilkan nilai moral yang tinggi berbanding dengan watak lain, dan sering dikaitkan dengan unsur mitos, dan epik. Wirawati dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama yang neutral sifatnya. Lihat juga antagonis, wira. |
| partnership of the penniless | perkongsian wujuh | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian yang dilakukan tanpa melibatkan modal oleh dua atau lebih pihak yang mempunyai peribadi yang terpuji dalam kalangan masyarakat. Hal ini bermakna, pihak yang berkongsi menggunakan kemasyhuran nama mereka dalam memperoleh keyakinan orang yang memberi hutang. Dalam urusan perniagaan, mereka membeli barang secara kredit dan bersetuju menanggung hutang mengikut kadar masing-masing. Keuntungan dan kerugian daripada perniagaan akan dibahagi mengikut kadar tanggungan hutang. Sinonim syarikah wujuh. |