Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terumbu yg terjadi drpd batu karang (biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh mem­bahayakan kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coral reefterumbu karangPerikananTiadaStruktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni.
reef flathamparan terumbuPerikananTiadaKawasan terumbu karang yang rata di antara kelompok terumbu karang yang tinggi. Hamparan terumbu biasanya menjadi habitat pelbagai jenis ikan karang.
foreslopecerun depanSains MarinTiadaBahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut.
marine parktaman lautPerikananTiadaKawasan perairan pulau yang diwartakan sebagai kawasan larangan aktiviti penangkapan, pengambilan dan pengalihan flora dan fauna. Taman laut diwujudkan untuk melindungi, memulihara dan mengurus ekosistem marin secara lestari terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna supaya tidak terancam. Kawasan terumbu karang merupakan salah satu habitat kritikal kerana terumbu karang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman semula jadi atau kegiatan manusia.
coralline reefterumbu karangGeografiTiadaTiada
coral reefterumbu karangGeografiTiadaTiada
coral reefterumbu karangPerikananTiadaTiada
coral reefterumbu karangGeografiTiadaTiada
dead coral reefterumbu karang matiGeografiTiadaTiada
dead coral reefterumbu karang matiGeologiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas