| Ter in di''e (TID) | Ter in di''e (TID) | AIDS | Tiada | Singkatan yang bermakna tiga kali sehari dalam pemberian ubat. Contoh, Zalcitabine 0.75 mg TID |
| amyloplast(id) | amiloplas(tid) | Biologi | Histologi dan Sitologi | Leukoplas atau granul jernih yang membentuk kanji yang terdapat di dalam kotilidon, endosperma dan organ penyimpan tumbuh-tumbuhan. |
| plot | plot | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tid |