| splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |