unsighted | tidak dapat dilihat | Sukan | Tiada | 1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung. |
ananastasia | ananastasia | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila pengidap tidak dapat bangkit berdiri, atau tidak dapat berdiri. |
non-focalization | bukan fokalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Sudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas. |
aphotic zone | zon afotik | Perikanan | Tiada | Bahagian dasar air laut yang paling dalam dan tidak dapat ditembusi cahaya. Keadaan ini menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku dan tumbuhan laut tidak dapat hidup. Hanya haiwan laut tertentu sahaja yang boleh mendiami bahagian ini. Antara haiwan laut yang mendiami bahagian ini ialah ikan angler, ampai-ampai dan sotong gergasi. Walau bagaimanapun, keberadaan haiwan laut tersebut bergantung pada kedalaman dasar laut. |
no contest | tiada perlawanan | Sukan | Tiada | Suatu keputusan yang menetapkan bahawa pertandingan tidak dapat diteruskan kerana ada gangguan yang tidak dapat diatasi oleh urus setia atau penganjur pertandingan. |
non-competitive inhibitor | perencat tak kompetitif | Perubatan | Tiada | Perencat pada reseptor yang tidak dapat dialihkan dari tapak gabungan oleh molekul lain. Ini menyebabkan perencatan reseptor tersebut tidak dapat dibalikkan dan menghasilkan kesan berpanjangan. Contohnya, aspirin dalam perencatan fungsi platelet. |
obscured sky cover | tutupan langit suram | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Langit yang tidak dapat dilihat disebabkan oleh fenomena pengaburan, seperti kabut dan jerebu. Oleh yang demikian, jumlah awan tidak dapat dicerap. Dalam pencerapan cuaca penerbangan, ia dikodkan sebagai "X". |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah ole |
random failure | kegagalan rawak | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang kegagalan kebetulan yang berlakunya pada masa tertentu, tidak dapat diramal.,2. Sebarang kegagalan yang sebab atau mekanismenya menyebabkan masa berlakunya tidak dapat diramal tetapi boleh diramal hanya dalam konteks kebarangkalian atau statistik. |
the silent majority | majoriti senyap | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap. |