| mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda |
| helping | menolong | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku prososial yang biasanya mempunyai niat untuk memberi keuntungan kepada orang lain. Konsep yang berkaitan dengan tingkah laku menolong ialah altruisme, iaitu keprihatinan tanpa syarat seseorang terhadap kebajikan orang lain. Terdapat tiga teori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku menolong. Pertama, model kelegaan daripada perasaan negatif. Contohnya, individu yang telah menolong orang lain akan merasa lega daripada perasaan negatif atau yang tidak menyelesakan. Kedua, model empati-altruisme yang menyatakan bahawa sesetengah orang menolong secara ikhlas walaupun dirinya dalam keadaan tertekan atau bermasalah, dan yang ketiga ialah teori sosiobiologi yang menyatakan individu secara semula jadi mempunyai kecenderungan untuk menolong. |