| academic dishonesty | ketidakjujuran akademik | Pendidikan | Tiada | Tingkah laku yang tidak jujur oleh semua yang terlibat dalam persekitaran pendidikan seperti dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan aktiviti akademik yang berkaitan. |
| pengesanan penipuan | deception detection | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Proses berasaskan teknik AI untuk mengenal pasti tingkah laku menipu atau tidak jujur dalam pelbagai bentuk komunikasi digital seperti teks, pertuturan atau isyarat visual. Sistem pengesanan penipuan menggunakan alkhwarizmi pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik penglihatan komputer untuk menganalisis data serta mengesan pola atau ketidakkonsistenan yang menandakan kemungkinan berlakunya penipuan. Contohnya, institusi kewangan menggunakan sistem sedemikian untuk mengenal pasti transaksi mencurigakan dengan menganalisis corak sejarah transaksi dan tingkah laku pelanggan. |
| adventurer | penekad | Sejarah | Tiada | 2. Penekad: Orang yang tidak mempunyai apa-apa kelayakan tetapi bersedia untuk mencari keuntungan dengan apa jalan pun, kadang-kadang berbahaya dan melakukan perbuatan yang tidak jujur. |
| administrative politics | politik pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Senario, aktiviti dan fenomena politik yang wujud dalam persekitaran pentadbiran sesebuah organisasi. Politik pentadbiran wujud kerana persaingan untuk mendapatkan dan menggunakan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber lain bagi kepentingan individu atau sekumpulan individu dalam organisasi. Keadaan ini melibatkan penggunaan kuasa dan keupayaan individu atau kumpulan untuk mempengaruhi individu atau kumpulan lain terutama dalam konteks perebutan jawatan, kuasa dan kepentingan. Biasanya politik pentadbiran sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti ketidakadilan, sikap tidak jujur, berat sebelah, diskriminasi, mempergunakan orang lain dan sebagainya. |
| code of behaviour | kod tingkah laku | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peraturan, peruntukan dan arahan khas yang dinyatakan dengan jelas dalam satu dokumen bertulis mengenai kelakuan dan tatatertib. Kod tingkah laku ini menjadi panduan kepada pihak tertentu di bawah sesuatu bidang kuasa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994) sepanjang menjalankan tugas mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika ini membolehkan seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya. Antara perkara yang dinyatakan dalam kod tersebut ialah; para hakim tidak boleh (i) bertindak kurang cekap, kurang berusaha dan membelakangi tugas-tugas kehakiman, (ii) berkelakuan tidak jujur dan mencemarkan nama badan kehakiman, (iii) melenggah-lenggah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah, (iv) tidak mematuhi arahan statutori, (v) tidak hadir ke mahkamah pada waktu pejabat, dan (vi) perlu mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara. |
| accismus | aksismus | Kesusasteraan | Tiada | Penolakan bersahaja yang tidak bersifat jujur. |
| naive | naif | Kesusasteraan | Tiada | Sifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang. |
| bona fide | bona fide | Pentadbiran | Tiada | Sikap jujur dan amanah sert tidak melibatkan diri dalam kerja atau aktiviti yang salah dari segi undang-undang dan moral. |
| encounter group | kelompok pertemuan | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan yang memberi peluang kepada individu yang saling tidak mengenali bertemu dan melahirkan masalah serta rasa kekecewaan mereka. Kelompok ini memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kesedaran dan perkembangan diri kerana boleh berkomunikasi dan melahirkan perasaan secara jujur. Penekanan dalam kelompok ini ialah peserta perlu mengelak daripada berbohong dan berselindung diri. Contohnya, mangsa trauma yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan berkumpul dan melahirkan perasaan yang dialami secara jujur dan terbuka. |
| bluewashing | perdaya sosial | Sosiologi | Tiada | Pemanipulasian tindakan oleh syarikat atau organisasi yang berpura-pura menunaikan tanggungjawab sosial dan hak asasi manusia, tetapi sebenarnya tidak melaksanakan perkara tersebut dengan jujur. |