| foot | ruas | Kesusasteraan | Tiada | Unit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama. |
| Oedipus complex | kompleks Oedipus | Psikologi | Psikologi Umum | Keinginan seksual yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun terhadap ibu bapa. Menurut Freud, keinginan ini wujud pada peringkat falik atau oedipal daripada perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara tidak sedar, mereka berhasrat untuk memiliki ibu atau bapa yang berlawanan jantina dengan mengungkapkan kata-kata seperti �apabila dewasa saya akan berkahwin dengan ibu bapa saya�. Istilah ini diambil sempena nama Raja Legenda Greek, Oedipus yang membunuh bapanya untuk berkahwin dengan ibunya sendiri. |
| inversie/inversion | susun terbalik; inversi | Kesusasteraan | Tiada | Urutan kata yang menyimpang dari kebiasaan dan selalunya terdapat dalam pembentukan sesebuah puisi. Contoh: 'Puteri Zubaidah' menjadi 'Zubaidah Puteri' seperti syair di bawah. Gilang-gemilang cahaya berseri, Laksana bulan empat belas hari, Cantik majlis tidak terperi, Habis menurut Zubaidah Puteri.[hlm 445] |