| indecency | kejelikan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sesuatu keadaan atau perlakuan yang jelik dan tidak senonoh yang bertentangan dengan moral awam. Contohnya, seseorang yang menyiarkan iklan khidmat pelacuran. |
| indecent behaviour | tingkah laku jelik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku yang jelik dan tidak senonoh yang bertentangan dengan moral umum. Contohnya, berbogel di khalayak ramai atau di tempat awam. |
| pornography | pornografi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. |
| online pornography | pornografi dalam talian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut yang berlaku dalam talian. Sinonim pornografi internet. |
| pornographic material | bahan pornografi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual. |