| postcoital dysphoria | disforia pascapersetubuhan | Perubatan | Psikiatri | Emosi yang tidak tenang selepas bersetubuh. |
| fidget | gelisah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tidak tenang hati atau perasaan yang tidak tenteram. |
| fidgety habit | tabiat gelisah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perangai seseorang yang selalu tidak tenteram perasaannya atau tidak tenang hati. |
| calm | tenang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keadaan tidak ada angin. Dalam skala Beaufort, daya angin tenang diberi nilai 0, dan setara dengan laju angin yang kurang daripada satu knot. |
| quiscent | kuisen | Perubatan | Tiada | Keadaan diam, tenang, aman atau tidak aktif. |
| backwater | air buri | Geologi | Tiada | Bahagian sungai di mana halaju arus adalah sangat perlahan. Air kelihatan tidak bergerak dan tenang. Lazim terdapat di sungai-sungai bersirat dan juga tasik ladam. |
| quiescent sun | matahari tenang | Matematik | Tiada | Keadaan matahari semasa aktivitinya paling minimum, yakni tidak banyak tompok, semarak dan kilau. Sinonim: quiet sun |
| bean-bag dental chair | kerusi pergigian beg kekacang | Pergigian | Tiada | Kerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya. |
| angle of repose | sudut tenang | Sains Marin | Tiada | Sudut cerun maksimum yang dibentuk oleh timbunan bahan peroi yang tidak membolehkan berlakunya gelinciran, gelongsoran atau gulingan. |
| sensory deprivation | deprivasi deria | Psikologi | Tiada | Proses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang. |