Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tin a gas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soft swellgelembung lembutMakanan dan PemakananTeknologi MakananSejenis kerosakan makanan tin yang disebabkan oleh kedua-dua hujung tin membengkak, tetapi tekanan gas yang wujud di dalamnya adalah terlalu rendah untuk membolehkan hujung tin tersebut menjadi remuk.
aerosol cantin aerosolPentadbiran PerniagaanTiadaTin yang mengandungi gas di bawah tekanan yang digunakan untuk mengudara dan menyemburkan cecair melalui injap.
hard swellgelembung kerasMakanan dan PemakananTeknologi MakananSejenis kerosakan makanan tin yang disebabkan oleh tekanan gas yang tinggi dari dalam tin hingga membuatkan kedua-dua hujungnya terlalu keras dan boleh pecah dengan sendiri melalui kelim sisi atau pateri bahagian hujung.
headspaceruang tutupanMakanan dan PemakananTiadaRuang yang tidak diisi di dalam tin atau bekas tegar makanan. Ruang ini diperlukan untuk pengembangan cecair dan gas bagi mengurangkan perubahan tekanan, memudahkan pemindahan haba semasa pemprosesan, serta mengurangkan kemerosotan oksidatif semasa penyimpanan. Contoh, ruang tutupan bekas kaca dan tin ialah 6-10% daripada isi padu bekas.
flat sourmasam rataMakanan dan PemakananMakananKerosakan makanan yang dicirikan dengan rasa masam disebabkan penghasilan asid laktik, asid formik dan asid asetik daripada fermentasi karbohidrat oleh Bacillus thermoaciduran atau Bacillus stearothermophilus. Fermentasi ini tidak menghasilkan gas dan tidak menyebabkan tin makanan menjadi kembung. Bakteria jenis termofilik ini boleh membentuk spora pada keadaan aerobik yang menyebabkan nilai pH menurun dalam julat 0.3 hingga 0.5.

Kembali ke atas