| upper level of intake (UL) | pengambilan tahap tertinggi (UL) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Tahap maksimum pengambilan nutrien harian yang tidak mendatangkan risiko terhadap kesihatan kepada hampir semua individu dalam kumpulan. |
| dietary reference intake (DRI) | pengambilan rujukan diet (DRI) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Terma yang digunakan untuk menerangkan saranan pengambilan nutrien oleh Lembaga Makanan dan Pemakanan, Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. DRI meliputi RDA, EAR, AI, EER dan UL. Lihat juga saranan pengambilan diet (RDA), anggaran keperluan purata (EAR), anggaran keperluan tenaga (EER), pengambilan mencukupi (AI), pengambilan tahap tertinggi (UL). |
| enterohepatic circulation | peredaran enterohepar | Farmasi | Farmakologi | Peredaran sebatian termasuk drug yang telah menjalani metabolisme hepar, yang dirembes ke dalam hempedu dan kemudiannya, dikeluarkan ke dalam usus kecil. Dari usus kecil, drug ini akan diserap semula ke dalam peredaran sistemik dan masuk semula ke dalam hepar bagi mengulangi proses yang sama.Peredaran enterohepar boleh meningkatkan separa hayat (t) drug. Peredaran ini boleh juga menyebabkan sebahagian molek:ul yang biasanya tidak toksik menjadi sangat hepatotoksik, sekiranya kepekatan molek:ul tersebut mencapai aras toksik. |
| Islamic state | negara Islam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara yang berlandaskan ajaran Islam. Segala aspek pentadbiran dilaksanakan berasaskan syariat Islam sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan, industri, kebudayaan dan politik. Sistem ini menolak sebarang unsur yang sekular seperti pilihan raya yang terlalu liberal, kempen politik yang melampaui batas moral serta penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Terdapat beberapa negara yang mendakwa sebagai negara Islam seperti Pakistan semasa pemerintahan Zia-ul-Haq, Arab Saudi dan Iran selepas revolusi. |