Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
undang2
Kata Terbitan : undang-undang, mengundangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
military lawundang-undang tenteraUndang-undangTiadaUndang-undang yang mengawal selia anggota tentera.
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.
military courtmahkamah tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang diberi kuasa untuk membicarakan anggota tentera bagi kesalahan di bawah undang-undang ketenteraan dan menghukum mereka jika didapati bersalah. Mahkamah tentera mempunyai struktur yang terpisah daripada mahkamah awam. Mahkamah tentera biasanya berperanan semasa berlakunya konflik bersenjata tetapi terdapat juga negara yang membenarkan mahkamah tentera berfungsi semasa keadaan aman.
International Committee of the Red Cross (ICRC)Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan memantau tindakan ketenteraan oleh pihak yang bermusuhan agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Jawatankuasa ini menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvensyen dan protokol tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera atau sakit semasa berlakunya konflik bersenjata, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan mereka yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa diberi layanan sewajarnya.
military commandperintah ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUnit dalam organisasi ketenteraan yang berada di bawah tanggungjawab komander tentera. Seorang komander tentera biasanya dilantik secara khusus untuk menyediakan kerangka undang-undang bagi menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya. Dengan kuasa ini, perintah yang diberikan oleh komander kepada semua anggota unit perlu dipatuhi. Seorang komander tertakluk kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mempunyai obligasi untuk menghalang atau menyekat jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan supaya tidak dilakukan oleh orang bawahannya. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan seorang komander bersalah atas prinsip tanggungjawab perintah.
jus ad bellumjus ad bellumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang memberikan hak kepada sesebuah negara untuk menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Di bawah teori perang adil ciptaan gereja yang terpakai di Eropah selama beberapa kurun dahulu, sesebuah negara Kristian hanya boleh berperang sekiranya negara tersebut boleh memberikan kewajaran untuk berperang. Sekiranya perang tersebut tidak wajar dilakukan, maka anggota tentera Kristian yang berperang akan dianggap berdosa. Kini, Piagam PBB melarang penggunaan kekerasan kecuali dalam dua situasi sahaja, iaitu untuk tujuan pertahanan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sesebuah negara yang menggunakan kekerasan terhadap negara lain bagi tujuan menakluk wilayah negara tersebut, ia dianggap sebagai melanggar Piagam PBB. Negara yang diserang tersebut mempunyai hak yang diiktiraf oleh Piagam PBB untuk menggunakan kekerasan sebagai satu cara untuk mempertahankan diri.
proportionality principleprinsip perkadaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Menurut prinsip perkadaran, sesuatu tindakan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan yang mungkin dialami oleh penduduk awam seharusnya mempunyai kadar yang minimum sifatnya dan tidak berlebihan semasa melakukan serangan terhadap sasaran tentera. Tentera hendaklah mempertimbangkan semua pilihan apabila membuat keputusan mensasarkan, seperti mengesahkan sasaran, memilih masa, memilih senjata, dan amaran dan pemindahan penduduk awam.
military objectivesobjek ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjek yang berdasarkan sifat, lokasi, tujuan atau penggunaannya boleh memberi sumbangan yang berkesan terhadap tindakan ketenteraan. Tindakan memusnahkan, menawan atau meneutralkan objek ketenteraan milik musuh memberi kelebihan ketenteraan yang pasti. Contoh objek ketenteraan ialah kem tentera, kenderaan tentera, laluan tentera, peralatan tentera, pangkalan tentera dan lapangan terbang tentera.
1234567

Kembali ke atas