| spillway capacitgy | kapasiti pelimpah | Hidrologi | Tiada | Luahan air maksimum yang untuknya suatu pelimpah telah direka. |
| personnel placement | penempatan personel | Pentadbiran | Tiada | Proses menempatkan kakitangan dalam bahagian kerja yang sesuai dan berkesan untuknya. |
| silver point | kalam perak | Kesenian | Tiada | 2. Kalam perak: Kaedah melukis menggunakan pensel perak di atas kertas yang khusus untuknya. |
| parking | letak kereta; tempat letak kereta | Kejuruteraan | Tiada | 1. Letak kereta: Meninggalkan kenderaan untuk tempoh masa tertentu, terutamanya di tempat yang disediakan untuknya.,2. Tempat letak kereta: Kawasan yang dikhaskan untuk meninggalkan kenderaan bermotor. |
| angular acceleration | pecutan sudut | Mekanik | Gunaan | Kadar perubahan halaju sudut terhadap masa. Pecutan sudut merupakan suatu kuantiti vektor. Simbol yang biasa digunakan untuknya ialah a. Magnitud pecutan sudut diukur dalam unit radian sesaat sesaat, rad/s/s atau s-2 sahaja. |
| centralized service | perkhidmatan pusat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perkhidmatan yang melibatkan satu jenis kerja seperti penaipan atau pemfailan yang dilakukan dalam satu tempat khas untuknya. |
| response curve | keluk gerak balas; keluk sambutan | Kejuruteraan | Tiada | Lengkung yang menunjukkan trend sambuatan sistem komunikasi atau bahagiannya, untuk julat frekuensi operasi yang dirancangkan untuknya. Biasanya diplot dalam dB lawan skala frekuensi logaritma. |
| dynamic variable | pemboleh ubah dinamik | Teknologi Maklumat | Perisian | Dalam pengaturcaraan, pemboleh ubah dinamik merupakan sejenis pemboleh ubah yang alamat pemboleh ubah pada ingatan utamanya ditentukan ketika atur cara tersebut dilaksanakan. Keadaan ini berbeza bagi pemboleh ubah statik yang disediakan ingatan untuknya semasa pengkompilan. |