| self-defence | pertahanan kendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindak balas seseorang yang melibatkan usahanya untuk mempertahankan tubuh badan dan hartanya daripada ancaman sesuatu bahaya. |
| family resemblance | persamaan kesaudaraan | Kesenian | Tiada | Istilah yang dimajukan oleh Ludwing Wittgenstein dalam usahanya untuk mendefinisikan karya seni daripada segi falsafah. |
| achieved status | taraf tercapai | Sejarah | Tiada | Kedudukan tertinggi yang meningkatkan taraf seseorang dalam masyarakat yang dicapai melalui usahanya sendiri, bukan diwarisi. |
| plagiarism | ciplak | Komunikasi | Tiada | Perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme. |
| ajr mithl | upah setara | Perniagaan Islam | Tiada | Upah setimpal yang diterima oleh individu kerana perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, buruh hendaklah dibayar dengan upah yang difikirkan setimpal dengan usahanya. |
| social loafing | kemalasan sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan individu untuk mencuri tulang atau kurang serius dalam pekerjaan apabila ramai yang terlibat melakukan perkara yang sama. Contohnya, individu akan bekerja keras jika prestasi kerja bergantung pada usahanya sendiri tetapi jika pencapaian kerja tersebut bergantung pada kerja berpasukan, maka ada kemungkinan ramai pekerja akan mengurangkan usaha mereka. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin kurang berlaku atau tidak berlaku dalam pasukan sukan kerana prestasi mereka dilihat dari segi sumbangan setiap individu. |
| entrepreneur-borrower | mudarib | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pengusaha yang menerima modal daripada pemilik modal dalam perkongsian mudarabah. Mudarib berhak menerima keuntungan daripada perkongsian mengikut kadar yang dipersetujui. Sekiranya berlaku kerugian, pengusaha tidak perlu menanggung kerugian modal tetapi tidak akan menerima sebarang pendapatan daripada usahanya. Kuasa pengurusan yang dimiliki oleh mudarib tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh pemilik modal (sohibul mal). |
| mubadaah contract | akad mubadaah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang menentukan pemilik modal menyerahkan modal kepada pihak lain untuk diusahakan secara sukarela. Pemilik modal akan menerima semua keuntungan daripada usaha tersebut dan menanggung semua kerugian. Pihak yang mengusahakan modal berkenaan tidak menerima sebarang untung atau upah kerana usahanya dilakukan secara sukarela atas asas kebajikan. |