Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tih] | اوتيه

Definisi : 1. Ph panggilan utk anak yg keempat; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg keenam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata utih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
puisi lagupuisi laguKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap.
ideogramideogramKesusasteraanPuisiImej atau gambaran wawasan pengarang yang terungkap sama ada secara tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu diksi, frasa mahupun kalimat sesebuah puisi. Sebagai contoh pengungkapan imej ideogram ini dapat dilihat pada puisi "Pak Utih" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang.

Kembali ke atas