Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : Jk selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll), beruntung, mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
old money1. golongan kaya warisan 2. kaya warisanUmumTiada1. Individu atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan. 2. Berkaitan dengan seseorang atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan.
architecture heritagewarisan seni binaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
heritage tourismpelancongan warisanPelanconganTiadaAktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara.
tangible cultural heritagewarisan budaya ketaraAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialWarisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat.
immovable cultural heritagewarisan budaya tekalAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialWarisan budaya yang berstruktur kekal, tidak boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding movable cultural heritage.
inherintace taxcukai warisanEkonomiTiadaCukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar.
replicable cultural heritagewarisan budaya boleh sulihAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialWarisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage.
movable cultural heritagewarisan budaya tak tekalAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialWarisan budaya yang berstruktur tidak kekal, boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding immovable cultural heritage.
intangible cultural heritagewarisan budaya tak ketaraAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialWarisan budaya berbentuk abstrak seperti bahasa, sistem kepercayaan dan tradisi yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat.
non-replicable cultural heritagewarisan budaya tak boleh sulihAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialWarisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage.
12345678910...

Kembali ke atas