Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersembahkan

Peribahasa

Memberi garam kepada laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
KOM) Vierendeel truss (kekuda Vierendeel) Kekuda dengan panel segi empat tepat dan bertanggam tegar. Anggota pada kekuda tersebut terdedah kepada daya bukan paksian yang tinggi. (KEJ) view (pandangan) 1. Cara mempersembahkan kandungan sesuatu maklumat dalam pelbagai kedudukan dan bentuk. 2. Salah satu kedudukan paparan objek. (KOM) viewport (port pandang) Bahagian tingkap paparan yang boleh dilihat oleh pengguna. (KOM) vinegar production (penghasilan

Kembali ke atas