[me.ne.rus.kan] | منروسکن
Definisi : 1. menembuskan, melantaskan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ perjalanan mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ne.rus.kan] | منروسکن
Definisi : menyambung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengembara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)