Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
cuka. Bakteria ini antaranya ter- dapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan minuman beralkohol. (BIO) acetoclastic bacteria (bakteria asetoklastik) Bakteria yang membentuk metana daripada asid asetik dalam penghadaman anaerob. Oleh sebab kadar pertumbuhan yang ditunjukkannya rendah, maka organisma ini merupakan faktor pengehad dalam penghasilan biogas. (BIO) acetone-butanol fermentation (fermentasi aseton-butanol) Fermentasi gula menggunakan Clostridium acetobutylicum untuk menghasil- kan aseton biojisim khususnya tumbuh-tumbuhan. Bahan api utama yang dihasilkan secara biologi ialah biogas yang dijana melalui proses penghadaman anaerob. (BIO) biogeography (biogeografi) Kajian taburan geografi tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan sebab terbentuknya taburan. (BIO) biological clock (jam biologi) Mekanisme dalaman yang mengawal irama fisiologi sesuatu organisma. Con- tohnya, irama sirkadian, irama rembulan dan irama bermusim. (BIO) biological degradation (degradasi biologi) Penguraian

Kembali ke atas