Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pérak) 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat per­hiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja; keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl; masin ~ terlampau masin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pérak) negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2, Ipoh sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl; memerak menyimpan (meletak­kan) barang-barang dll dgn tidak teratur dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pérak/ 1 logam berharga yg berwarna keputih-putihan: cincin ~. 2 wang rupiah: Harganya lima ~. 3 warna spt perak 1. keperak-perakan agak (seakan-akan) perak warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perak

Puisi
 

Tanam jarak tak tumbuh jarak,
     Jarak nak tumbuh di langit putih;
Beri perak tak ambuhlah perak,
     Saya ambuh ke baju putih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklo- rik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat. (KIM) aquaculture (akuakultur) Penternakan organisma laut seperti ikan, alga dan makanan laut lain yang membesar dalam keadaan terkawal. Sehingga kini, teknik 87, nombor pengoksidaan +1, takat lebur arenaceous rock argentum Kamus Sains.indb 103 7/8/08 11:46:32 AM 104 961ºC, takat didih 2212ºC, berbentuk pepejal lembut, berwarna putih perak, relap, mulur, pengalir elektrik dan haba yang baik, larut dalam asid nitrik, asid sulfurik panas dan larutan alkali sianida, tetapi tidak larut dalam air dan alkali, dan terdapat dua isotop

Kembali ke atas