Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ba.di] | ابادي

Definisi : Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhir­an (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak ber­kesudah­an, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, me­nge­kalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadi­kan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui per­cetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pe­ngekal­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ba.di] | ابادي

Definisi : tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abadi

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
merakamkan pada rajah yang sama, suhu dan kelembapan atmosfera dalam masa yang sama. (HID) thermokarst topography (topografi termokars) Pola benaman, perongga dan lekukan lain yang terisi air disebabkan peleburan ibun abadi tempatan. (HID) thermolabile (termolabil) Perihal sifat suatu bahan yang tidak stabil apabila dipanaskan. (FAR) thermolabile solution (larutan termolabil) Larutan yang tidak dapat disterilkan menggunakan haba. (FAR) thermoluminescence (termopendarcahaya) 1. Pendarcahaya setiap titik pengamatan atau ditentukan oleh buaian dalam suatu kitaran tertentu atau jangka masa lain. Sinonim belt of water-table fluctuation, range of fluctuation. (HID) zone of permafrost (zon ibun abadi) Zon yang merupai tanih, mendapan peroi dan batuan dasar di sebarang kedalam- an di bawah permukaan bumi yang bersuhu di bawah 0°C selama dua tahun atau lebih. (HID) zone

Kembali ke atas