Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang] | الڠ

Definisi : 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, seder­hana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana panjangnya; sau­dara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau; alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; ~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam prb kalau mengerja­kan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~ menye­luk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding): supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3. dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah; ~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat berjalan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1 kayu yg dipasang melintang (di sebelah atas) di antara dua tiang atau dinding. 2 melintang (ttg letak sesuatu); lw memanjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1 tidak terlalu besar (tua) dan tidak pula terlalu kecil (muda); sedang; tengah-tengah: keris ~ keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. ~ kepalang ada tetapi tidak mencukupi. alang-alang, alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alang

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
m 3 , dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu arau mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ini sesuai dijadikan tiang, gelegar, alang, lantai dan juga digunakan un - tuk membuat perabot. (HUT) arachnoid arau Kamus Sains.indb 99 7/8/08 11:46:31 AM 100 arbor (arbor) Struktur yang bentuknya menyerupai pokok KIM) epulis (epulis) Tumor gingiva yang berserat, biasanya pada periosteum atau tulang rahang. (UBAT) equal arm balance (neraca lengan sama) Neraca ringkas yang mempunyai jarak yang sama antara titik penyokong alang lengan neraca dengan kedua-dua piring di hujung lengan. (FIZ) equatorial easterlies (angin timuran khatulistiwa) Angin pasat di hemisfera musim panas yang menganjur ke atas sekurang-kurang- nya sehingga ke

Kembali ke atas