Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.las] | الس

Definisi : I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletak­kan cawan, piring; ~ tiang asas tempat ber­dirinya tiang; 2. kain dsb yg digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg ber­pusing; ~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai sultan yg membuat nas­khah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~ kata ki kata pendahu­luan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana jasa yg telah di­sum­bangkan; beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mem­punyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata; mengalas, mengalasi memberi beralas, mem­­beri berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuk­nya; ~ perut makan pagi; dialas bagai me­mengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja; alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pen­dapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demi­kian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.las] | الس

Definisi : Jw hutan: ~ yg sunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.las] | الس

Definisi : ; pengalasan Jw ark segolongan ter­tentu pegawai istana, pesuruh istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.las] | الس

Definisi : sesuatu spt kain, kertas yg digunakan utk melapik atau utk tempat meletakkan sesuatu; lapik. ~ baju lapik baju. ~ bantal kain yg diletakkan di atas bantal yg tidak bersarung. ~ cawan piring. ~ kaki tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. ~ meja kain dsb sbg penutup meja. ~ perut a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tilam kain penutup tilam. beralas memakai alas; berlapik. beralaskan 1 menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2 ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. mengalas memberi beralas; melapik: Emaknya ~ meja makan dgn sehelai kain putih. mengalasi menjadi sbg alas kpd: Sehelai tikar ~ tilamnya. mengalaskan 1 meletakkan atau menjadikan sesuatu (tikar dll) sbg alas kpd: Dia ~ sehelai tikar di bawah tilam anaknya. 2 mendasarkan pendapat (tindakan dll) pd; menjadikan sesuatu sbg dasar. alasan sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alas

Peribahasa

Akan pembasuh kaki (= tangan).

Bermaksud :

Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Agen kimia yang berupaya menghalang atau mengurangkan pembentukan cas statik pada polimer termoplastik. Oleh itu, debu dan benda asing tidak mudah melekat pada polimer tersebut. Contohnya, tetrasianokuinodimetana. (KIM) antistatic mat (alas antistatik) Alas yang diletakkan di sekeliling peranti yang peka terhadap statik seperti unit cakera untuk mengelakkan gangguan statik yang mungkin merosakkan data. (KOM) antistreptokinase (antistreptokinase) Antibodi yang meneutralkan kesan enzim streptokinase yang

Kembali ke atas