[ang.ka.sa] | اڠکاس
Definisi : 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2. lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yg mengelilingi bumi; mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.ka.sa] | اڠکاس
Definisi : 1 awang-awangan; langit: Malam itu gelap pekat, tiada sebiji bintang pun yg kelihatan di ~. 2 lapisan udara yg melingkungi bumi: ~ lepas (luar) ruang di sebelah luar lapisan udara yg melingkungi bumi. angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (ke bulan dsb): ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)