Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jal] | انجل

Definisi : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~; menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; menganjalkan menyebabkan atau menjadi­kan menganjal: gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan; keanjalan perihal anjal, kekenyalan, ke­elastikan; ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jal] | انجل

Definisi : 1 dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa (setelah dibengkokkan, ditekan, setelah menjadi tegang dsb): Arteri yg sihat dan normal bersifat ~ dan dinding di dlmnya lembut dan bersih. 2 mudah berubah (bkn harga, permintaan, kedudukan dsb); boleh diubah-ubah (bkn jadual waktu dsb): Barang pembuatan secara umumnya mempunyai permintaan yg lebih ~ di samping tidak begitu terdedah pd ancaman cuaca. Masalah ini akan dpt diatasi melalui cadangan mewujudkan jadual waktu ~ di sekolah. menganjal melenting lalu kembali spt biasa. menganjalkan 1 menjadikan atau menyebabkan dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa: Gerakan itu dpt ~ otot. 2 menjadikan atau menyebabkan mudah berubah atau dpt diubah-ubah: Kita berharap agar suasana positif ini terus kekal dan perlahan-lahan ~ kedudukan ekonomi negara kpd keadaan yg lebih baik. keanjalan keadaan atau hal anjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjal


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
terdapat pada tumbuh-tumbuhan monokotiledon dan lumut hati. (BIO) elastase (elastase) Endopeptidase yang memangkinkan hidrolisis ikatan peptida dalam elastin dan ikatan peptida yang terbentuk oleh asid amino neutral. (KIM) elastic (anjal) Perihal kebolehan kembali kepada bentuk dan saiz asal yang merujuk kepada bahan yang diherotkan apabila daya yang menyebabkan herotan ditiadakan. (FIZ) elastic cartilage (rawan kenyal) Rawan yang terdiri daripada sel suatu pepejal yang akan lenyap apabila canggaan tegasan dibuang. (FIZ) elastic design (reka bentuk kenyal) Kaedah mereka bentuk struktur keluli atau konkrit tetulang berasaskan ang- gapan bahawa bahan adalah bersifat anjal dalam julat tertentu. (KEJ) elastic fibre (gentian kenyal) Lihat elastic cartilage. (BIO) elastic fluid (bendalir kenyal) Bendalir yang molekulnya mengalir tanpa rintangan. Contohnya, gas. (KIM) elastic liquid (cecair anjal) Cecair

Kembali ke atas