Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakai­an­nya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyim­pan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipan­dang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasil­kan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1 patung yg dibuat drpd batu yg dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu. 2 ist bayang spt yg dilihat pd cermin atau spt yg dilihat melalui kanta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arca


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pepatung. (BIO) arcus (arkus) Ciri tambahan awan yang tebal dan beralun secara mendatar dengan tepi yang bergerigi, dan terdapat di bahagian bawah sesetengah awan. Sekiranya awan ini meluas, arkus menyerupai arca gelap. Arkus biasanya terdapat pada genus awan kumulonimbus dan jarang-jarang pada kumulus. (HID, METEO) arcus senilis (arkus senilis) Cecincin legap yang terjadi di bahagian tepi iris. Keadaan ini biasanya dicirikan dengan kekeringan, kekasapan dan pembentukan sisik pada kulit. Keadaan ini timbul akibat hipertrofi lapisan sel tanduk pada kulit, penghasilan keratin yang berlebihan atau kecacatan pada molekul keratin. (UBAT) icon (arca) Gambar kecil yang digunakan sebagai lambang objek pada paparan. Arca di - gunakan untuk memudahkan pengguna menggunakan sistem dengan memilih arca tanpa menaip perintah. Contohnya, arca tong sampah melambangkan tempat membuang

Kembali ke atas