Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ruh] | اروه

Definisi : ; mengaruh 1. (Ubat) mencetus atau mempercepat proses bersalin (biasanya dgn memberi ubat); 2. (Fiz) menghasilkan arus elektrik atau daya gerak elektrik secara penga­ruh­an; aruhan (Fiz) sifat sesuatu litar elektrik yg beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yg sama atau dlm litar lain yg berdekatan; pengaruhan (Fiz) proses memindahkan sifat elektrik (magnet) dr satu litar (atau jasad) ke litar (jasad) yg lain tanpa melalui sentuhan fizikal; pengaruh (Fiz) induktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ruh] | اروه

Definisi : ; mengaruh 1 memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2 mendatangkan atau memberi kesan kpd sesuatu. aruhan 1 proses memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2 daya yg mendatangkan kesan kpd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aruh


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
perdarahan, trombosis atau embolisme yang ditandai koma dan kelumpuhan. 2. Pendarahan darah dengan banyak dalam organ. (UBAT) aporepressor (aporepresor) Nama khusus bagi represor yang tidak aktif dalam sistem enzim boleh aruh. Represor ini dapat diaktifkan oleh korepresor yang biasanya bahan hasil dari- pada enzim tersebut. (BIO) aposematism (aposematisme) Warna atau tanda pada tubuh, atau struktur khas pada sesuatu organisma yang memberi

Kembali ke atas