Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai] | باݢاي

Definisi : 1 seperti: ~ kucing dgn anjing. 2 banding; persamaan: Kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya. berbagai ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. berbagai-bagai bermacam-macam; berjenis-jenis: Apabila pulang dr sekolah, saya membuat ~ kerja utk menolong ibu saya. bagaikan umpama; laksana. pelbagai berbagai-bagai. mempelbagaikan menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. sebagai 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(438)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ciri elektrik yang baik dan bingkas yang sesuai digunakan dalam pembuatan gear, peng- gelek dan peralatan automotif. (KEJ) acetaldehyde (asetaldehid) Sebatian perantara dalam degradasi karbohidrat. Sebatian ini digunakan dalam berbagai-bagai jenis tindak balas apabila berada dalam bentuk diaktifkan se- perti dalam penapaian alkohol. (KIM) Acetaminophen (Acetaminophen) Nama kimia: N-(4-hidroksifenil) asetamida (C 8 H 9 NO 2 ). Salah satu mengalami tin- dakan vorteks alur udara. (FIZ) aeration number (bilangan pengudaraan) Parameter yang digunakan untuk melihat kesan pengudaraan ke atas peng- gunaan kuasa dalam sistem teraduk. Bilangan pengudaraan ditakrifkan se- bagai nisbah penggunaan kuasa sistem bergas terhadap sistem tanpa gas, dan dinyatakan sebagai Pg/P = f (Na) dengan Pg ialah penggunaan kuasa sistem bergas, P ialah sistem tanpa gas, dan f

Kembali ke atas