Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanam-tanaman atau tanah; pupuk. ~ asli (alam, organik) baja yg dibuat drpd tahi binatang atau tumbuh-tumbuhan yg sudah reput. ~ buatan (kimia) baja yg dibuat drpd bahan-bahan kimia. ~ campuran baja yg terdiri drpd dua unsur baja atau lebih, mis baja organik dan baja kimia. ~ fosfat baja buatan yg di dlmnya terdapat berbagai-bagai jenis garam drpd asid fosforik. ~ hijau baja yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. ~ kandang baja yg dibuat drpd tahi binatang. ~ kompos baja yg dibuat drpd campuran tumbuh-tumbuhan dan tahi binatang yg diperam dan dibiarkan reput. ~ urea baja buatan yg di dlmnya banyak terdapat ammonia dan karbon dioksida. membaja 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. pembajaan perbuatan atau hal membaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baja I

Puisi
 

Bunga kalas dibubuh baja,
     Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
     Berapa jauh datang ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kaduk kena baja.

Bermaksud :

Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan alkohol, takat lebur 170ºC dan terurai pada 210ºC lalu membentuk nitrus oksida dan air. Ammonium nitrat disediakan melalui tindakan wap ammonia terhadap asid nitrik. Sebatian ini digunakan untuk membuat baja, racun rumpai, racun serangga dan bahan letupan. (KIM) ammonium sulphate (ammonium sulfat) Formula (NH 4 ) 2 SO 4 . Hablur putih atau kelabu-keperangan, larut dalam air, ti- dak larut dalam alkohol

Kembali ke atas