Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
AM 128 Algol 60 dan laporannya telah disunting oleh Peter Naur. Sinonim Backus – normal form. Singkatan BNF. (KOM) Backus-normal form (bentuk Backus normal) Lihat Backus-Naur form. (KOM) backwash (basuh balik) Aliran semula air ke pantai selepas sesuatu gelombang. Aliran air ini penting dalam penyebaran organisma khususnya penyebaran telur cacing Polychaeta. (BIO) bacteriaemia (bakteriaemia) Lihat bacteriemia. (BIO) bacterial ferredoxin (feredoksin juga sebagai purga di kawasan tundra. (METEO) Burgundy mixture (campuran Burgundy) Fungisid tak organik dan berspektrum luas yang diperbuat melalui ubah suaian campuran Bordeaux, iaitu dengan mencampurkan larutan hablur soda basuh (natrium karbonat) dengan terusi (kuprum sulfat). Nama tersebut diberikan sempena nama tempat yang mula-mula sekali fungisid ini dihasilkan, iaitu di Burgundy, Perancis. (BIO) burn pit (kolam bakar) Kolam yang

Kembali ke atas