Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau I

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Campuran alkohol dan koloid. (KIM) aldehyde (aldehid) Formula am RCHO, R ialah alkil atau aril. Kumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal -CHO. Aldehid biasanya merupakan cecair yang tidak berwarna, mempunyai bau cirian, dapat dioksidakan kepada asid karboksilik, dan diturunkan kepada alkohol primer. Aldehid diuji menggunakan bahan uji Schiff dan menghasilkan warna merah jambu jika terdapat aldehid. Aldehid juga menurunkan larutan argentum nitrat

Kembali ke atas