Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang-bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
menghasilkan resonans gelombang bunyi pada frekuensi tertentu. (FIZ) acoustic room (bilik akustik) Bilik yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menentukan kualiti bunyi yang baik untuk pendengaran. (FIZ) acoustic shadow (bayang akustik) Bayang di belakang objek yang terletak pada lintasan gelombang bunyi yang jarak gelombangnya lebih kecil daripada objek. (FIZ) acoustic stiffness reactance (reaktans kekakuan akustik) Bahagian reaktans akustik yang dikaitkan dengan tenaga

Kembali ke atas