Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kal] | بکل

Definisi : 1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup;bekal-bekalan bermacam-macam bekal; berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan; berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada; membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; perbekalan bekalan; pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota;pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kal] | بکل

Definisi : 1 apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2 sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. berbekal mempunyai bekal; membawa bekal. berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: Dia merantau ~ ilmu di dada. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekal

Puisi
 

Makan cempedak bekal cempedak,
     Pergi ke laut mengail udang;
Bertokok tidak meluakkan tidak,
     Saya melukut di tepi gantang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Isi dada bekal berjalan.

Bermaksud :

Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
hujung 5ʼ hingga kodon permulaan yang mung- kin mengandungi tapak pengikatan ribosom atau pengawal atur. (BIO) leading current (arus mendulu) Arus ulang-alik yang mencapai maksimum lebih dahulu daripada voltan bekal- an. Arus ini berlaku dalam litar berkemuatan. Sudut pemisahan antara arus dengan voltan ini ditentukan oleh kadar regangan litar tersebut. Sudut pemisah- an dan amplitud bagi arus dan voltan dapat pH3 hingga pH10. Penunjuk ini terdapat dalam bentuk cecair atau kertas uji. (KIM) universal motor (motor semesta/motor universal) Motor yang boleh dikendalikan sama ada dengan bekalan arus terus atau bekal- an arus ulang-alik satu fasa. Ciri motor ini sama dengan motor siri tetapi ukur- annya lebih kecil kerana motor ini tidak sesuai untuk kadar watt yang besar. Motor ini

Kembali ke atas