Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang I

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di tempat tiada 'lang,
     kata belalang: akulah 'lang!

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
daya biasan antara mata kiri dengan mata kanan. Keadaan ini boleh diperbaik dengan kanta biasa. (UBAT) anisomorpha (anisomorfa) Kumpulan serangga yang mengalami metamorfosis dengan ciri yang berubah- ubah. Contohnya, genus belalang ranting besar yang tidak bersayap (Phasmi- dae). (BIO) anisospory (anisospori) Pembiakan yang melibatkan pembentukan spora yang mempunyai bentuk, warna dan seks yang berbeza oleh kulat yang sama. Contohnya, pembiakan pada Bulgariaceae

Kembali ke atas