Kamus Sains.indb kepada yang lain. Selepas raja, terdapat seekor ayam yang kurang agresif daripada raja tetapi lebih berjaya daripada 10 ekor ayam yang lain. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas, yang tidak dapat mema - tuk ayam lain tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain. (BIO) destructive testing (ujian musnah) Kaedah pengujian bahan atau struktur untuk menentukan ciri kekuatannya se- cara setiap komponen yang diambil secara berasingan. (KIM) euthanasia (eutanasia) 1. Perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi, iaitu penyakit terminal. Perbuatan ini di- lakukan atas belas kasihan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab tersebut. 2. Kematian yang senang dan tanpa kesakitan. (UBAT) euthyroid (eutiroid) Berkaitan dengan fungsi normal kelenjar. (UBAT) eutocia (eutosia) Proses bersalin yang
|