Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj alat yg matanya lebih kecil drpd mata kapak dan melintang letaknya (umumnya digunakan utk menarah atau utk menebang kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliung

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan mungkin di pusat siaran wilayah yang sesuai. (METEO) tertiary circulation (peredaran tertier) Peredaran atmosfera tempatan yang umumnya kecil. Peredaran ini diwakili fenomena seperti angin tempatan, ribut petir dan puting beliung. (HID) tertiary protein structure (struktur tertier protein) Struktur tiga dimensi bagi rantai polipeptida yang terhasil daripada perlipatan ke atasnya sendiri. (BIO) tertiary recovery (perolehan tertier) Pengeluaran minyak yang masih tertinggal permukaan tanah setebal 100 mm hingga 150 mm. (KEJ) torn grain (ira koyak) Ira pada kayu yang sompek atau terbelah pada permukaannya akibat tindakan proses pemesinan. (HUT) tornado (tornado/puting beliung) Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir sering kelihatan seperti awan corong atau tuba. Pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteks- nya

Kembali ke atas