Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nar] | بنر

Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pereka bentuk asal sistem. (KOM) actual measure (ukuran sebenar) Nilai yang paling tepat terhadap pengukuran sesuatu kawasan bilangan pokok isi padu kayu yang dapat dipastikan melalui pengukuran dan pengiraan se- benar. (HUT) actual number of plates (bilangan plat sebenar) Bilangan plat secara praktik yang perlu ada dalam menara penyulingan atau penyerapan bagi menghasilkan pemisahan komponen mengikut penentuan ha- sil yang ditetapkan sebagai antisiklon Azores. (METEO) Bernoulli assumption (andaian Bernoulli) Andaian yang dibuat untuk menerbitkan persamaan Bernoulli. Andaiannya ia- lah bendalir tidak mempunyai geseran, ketumpatan bendalir dan aliran adalah tetap. Andaian ini benar hanya untuk satu garis aliran. (KEJ) berylliosis (beriliosis) Keracunan berilium biasanya melibatkan paru-paru yang dicirikan dengan pembentukan granuloma dan fibrosis interstitium. Keadaan ini kadangkala melibatkan kulit, tisu subkutis, nodus

Kembali ke atas