Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
untuk meningkatkan kebolehpilihan produk. (KEJ) cataract (riam) Air terjun yang besar. (HID) cartilagenous fish cataract Kamus Sains.indb 190 7/8/08 11:48:07 AM 191 catastrophic error (ralat bencana) Ralat besar akibat terlalu banyak ralat yang terjadi sehingga sukar untuk meneruskan pemprosesan. (KOM) catchwork (binaan tangkap) Sebarang struktur pengambil kemasukan air berbentuk seperti perigi atau tero- wong yang dibina simen cement basket ragi roti bakerʼs yeast rahang jaw rajah asas elementary diagram rajah interferens interference figure rajah satah plane figure rak rack rakam record ralat barangkali probable error ralat bencana catastrophic error ralat gubahan composition error ralat jam clock error ralat keras hard error ralat ketaksaan ambiguity error ralat ketekalan consistency error ralat lengkapan completeness error Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Kembali ke atas