Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) bulu-bulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : ada bulunya: Dadanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbulu

Puisi
 

Terung asam terung berbulu,
     Mari ambil buat kerabu;
Jangan tuan salah keliru,
     Nak cari umbut terkena buku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
FIZ, KEJ) allowable defect alnico Kamus Sains.indb 44 7/8/08 11:45:57 AM 45 alopecia (alopesia) Ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan kulit yang biasanya berambut atau berbulu. (UBAT) alopecia areata (alopesia areata) Kehilangan rambut atau janggut secara bertompok akibat inflamasi mikro- skopik. (UBAT) alpha amanitin (alfa amanitin) Amatoksin yang sering digunakan dalam penyelidikan untuk menghalang transkripsi. (BIO dan bergulung. Unsur tersebut biasanya sangat jelas tetapi menjadi berserabut sebahagiannya atau menjadi samar dan mungkin juga ter - pisah atau bercantum. (HID, METEO) altricial (altrisial) Perihal anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Contohnya, anak burung helang dan anak bu- rung hantu. (BIO) altruism (altruisme) Penambahan ketegapan sesuatu kumpulan, yang mengurangkan ketegapan in- dividu

Kembali ke atas