Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) accessory hearts (jantung aksesori) Struktur bak saku pada tempat tertentu seperti pada pangkal sayap, sesungut atau kaki serangga. Struktur ini berfungsi untuk membantu peredaran hemolimfa. Denyutan struktur ini tidak bergantung pada denyutan jantung serangga. (BIO) accessory veins (vena aksesori) Vena panjang tirus yang berkembang secara sekunder pada sayap serangga. (BIO) accretion (enap timbus) Perkembangan titisan air atau zarah ais melalui sistem. (KOM) address bus (bas alamat) Sekumpulan wayar yang digunakan untuk menghantar maklumat alamat antara pemproses dengan ingatan atau input/output. Bas alamat juga disebut talian alamat. Bilangan talian alamat bergantung kepada saiz pemproses, panjang kata atau saiz kata. Contohnya, pemproses Intel Pentium menggunakan 32 bit bas alamat dan pemproses AMD Athlon menggunakan 64 bit bas alamat. (KOM) address register (daftar

Kembali ke atas