Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
gland. (BIO) antiprothrombin (antiprotrombin) Antikoagulan yang melambatkan atau menghalang pertukaran protrombin ke - pada trombin. (UBAT) antipruritic (antipruritik) Agen yang dapat mengurangkan atau mencegah rasa gatal. (UBAT) antipsoriatic (antipsoriatik) Agen yang berkesan untuk mengubat penyakit psoriasis. (UBAT) antipsychotic (antipsikotik) Lihat neuroleptic. (UBAT) antipyretic (antipiretik) Agen yang dapat mengurangkan atau menghilangkan demam. Lihat juga anti- febrile. (UBAT) antirepressor (antirepresor) Protein dimerik hasil gen salur hempedu. (UBAT) antispastic (antispastik) Agen yang dapat menghilangkan atau melegakan spasme otot voluntari. (UBAT) antisporulant (antispora) Bahan kimia termasuk fungisid yang boleh merencatkan pembentukan dan perlepasan spora, tetapi tidak berkesan terhadap percambahan spora dan per- tumbuhan miselium. (BIO) antistatic (antistatik) Agen kimia yang berupaya menghalang atau mengurangkan pembentukan cas statik pada polimer termoplastik. Oleh itu, debu dan benda asing tidak

Kembali ke atas