Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
run (jalanan) Pelaksanaan atur cara berdasarkan set suruhan terhadap set data. (KOM) run book (buku jalanan) 1. Buku atau fail yang merekodkan semua atur cara yang dijalankan pada sistem komputer berkongsi masa. 2. Lihat run manual. (KOM) run chart (I) (carta jalanan) Carta yang menerangkan pelaksanaan satu atau lebih atur cara komputer. (KOM) run chart (II) (carta larian) Carta alir yang

Kembali ke atas